Monday, August 2, 2010

Sunday, August 1, 2010

SEJARAH PPIM SMKDABB

Persatuan Puteri Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda baru ditubuhkan pada 4 Mac 2010. No. Pendaftaran PPIMSMK Dato' Abu Bakar Baginda ialah PPIM BEA 9612/10. Terdiri daripada 43 orang ahli dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. PPIM sekolah kami dibimbing oleh 2 orang guru penasihat iaitu Pn. Hajjah Roslina Binti Abdul Rahman dan Pn. Azizon Binti Muhammad.

Pada 30 Mac 2010, kami telah mengendalikan perhimpunan ko-kurikulum peringkat sekolah seramai 38 orang ahli Persatuan Puteri Islam telah terlibat dengan kawad yang diketuai oleh Nur Suhana Binti Johan (2B), 2 orang ahli PPIM menjadi ajk hadiah, Nor Syahira Bt Muhammad Sani (2A) sebagai pembaca doa majlis dan majlis telah dipengerusikan oleh Nor Fitriyah Binti Nor Hadi (Penghuluwati) dari tingkatan 4A.

Pada 14 & 15 Mei 2010 PPIM telah menganjurkan perkhemahan Puteri Islam peringkat negeri Selangor. 2 Daerah telah terlibat secara lansung dalam perkhemahan ini iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Sepang. Sekolah yang terlibat adalah SMK dato' Abu Bakar Baginda (40 orang), SMK Jalan 3 (20 orang), SMK Sungai Long (5 orang) dan SMK Maahad Hamidiah (5 orang). Jumlah peserta seramai 70 orang.

Perkhemahan ikni telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah En. Hassan Hamidi Bin Benu dan telah ditutup dengan rasminya oleh Datin Hajjah Zaliah Binti Ismail. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti Halaqah pada waktu malam dan selepas subuh, pertolongan cemas, pengisian buku log, pertandingan memasang khemah, gubahan, origami, sandwich dan bakat puteri. Pemenang bakat puteri adalah kumpulan 1 dan juara keseluruhan dimenangi oleh kumpulan 5.

Dalam kejohanan olahraga sukan sekolah yang pertama telah diadakan pada 30 Julai 2010. PPim telah terlibat secara lansung dalam perbarisan. Kami diketuai oleh Nur Suhana Binti Johan dan pemegang bendera Nor Syahira Binti Muhammad Sani serta pemegang sepanduk Nurul Fazira Binti Mohd Zahar. Cogankata kami adalah"Dalam Lembut Ayu tersemat Ketegasan dan Kebijaksaan".


Aktiviti yang paling penting bagi PPIM pada tahun ini ialah Peperiksaan Penilaian Tahap Peringkat Kebangsaan. Seramai 43 orang telah mengambil peperiksaan penilaian tahap Puteri Bongsu dan Puteri Kecil pada bulan ogos.