::. OBJEKTIF dan MATLAMAT

OBJEKTIF PPIM
Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun, PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dan kalangan para pelajar sekolah-sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti berikut :
  1. Melahirkan sebuah masyarakat yang taat kepada perintah Allah, berilmu, berakhlak mulia, dan berbakti kepada masyarakat.
  2. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, positif dan diterima masyarakat.
  3. Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.
MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabungjalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :



  1. Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.



  2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.



  3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.



  4. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.



  5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.



  6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.